Ramalan kaji cuaca kata
Aku kan jatuh cinta
Tapi tak pula beritahu
Dengan siapa
Lalu hari ini
Ku berlari mencari-cari
Si dia yang bakal miliki hati ini
Mungkin dia ada disitu
Tersenyum padaku
Namun malu-malu
#Hujan bunga di Kuala Lumpur
Kini sudah tiada masa
Untuk mencari payung berteduh
Kita bawah surat khabar lalu terbaca berita kata
Hujan ini tak akan reda
Ikut rasa ingin sahaja
Aku hampirinya
Tapi ku takut apa pula kata semua
Bukan senang untuk ku meluangkan masa ini
Sekadar peluang mengisi
Ruang kosong hati
Mungkin dia ada disitu
Tersenyum padaku
Namun malu-malu
0 comments:
Post a Comment